BANGKOK: Paetongtarn Shinawatra, calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum Thailand akan datang, selamat melahirkan seorang bayi lelaki hanya dua minggu sebelum pilihan raya berlangsung.
Paetongtarn, yang merupakan anak bongsu kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra memuat naik gambar bersama pasangannya dan bayi mereka yang diberi nama Prutthasin Sooksawas di media sosial pada Isnin.
"Helo, nama saya Prutthasin Sooksawas, nama panggilan Thasin. Terima kasih atas sokongan anda semua.
"Dalam beberapa hari lagi, tunggu ibu saya kembali pulih, saya akan berjumpa dengan media," menurut hantaran itu.
Paetongtarn yang berusia 36 tahun yang juga dikenali dengan gelaran "Ung Ing" merupakan seorang daripada tiga calon perdana menteri dari Parti Pheu Thai pada Pilihan Raya Umum 14 Mei.
Beliau menduduki tempat pertama atau kedua dalam tinjauan pendapat sebagai calon perdana menteri.
Sementara itu, dalam ciapan melalui @ThaksinLive, Thaksin berkata beliau akan meminta kebenaran untuk kembali ke tanah air kerana mahu menjaga cucunya.
Bekas perdana menteri itu berkata beliau sangat gembira menerima berita mengenai kelahiran cucu ketujuhnya namun beliau berkata semua cucunya telah dilahirkan semasa beliau hidup dalam buangan.
"Saya akan meminta izin untuk pulang menjaga cucu memandangkan usia saya akan mencecah 74 tahun Julai ini. Jumpa lagi," katanya menerusi ciapan di Twitter.
Thaksin, yang berkhidmat sebagai perdana menteri dari 2001 hingga 2006, hidup dalam buangan sejak 2008, menghabiskan sebahagian besar masanya di Dubai, selepas kerajaannya digulingkan oleh pasukan tentera yang diketuai Jeneral Sonthi Boonyaratglin semasa beliau menghadiri Perhimpunan Agung PBB di New York pada September 2006.
Beliau meninggalkan Thailand pada Ogos 2008 untuk mengelak daripada berdepan hukuman penjara.
Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman penjara dua tahun tanpa kehadirannya kerana salah guna kuasa.
Sementara itu, adik Thaksin dan bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra turut mengucapkan tahniah kepada Paetongtarn dan suaminya di atas kelahiran bayi kedua mereka.
"Saya percaya datuk (Thaksin) tidak sabar-sabar untuk bertemu cucunya. Saya menantikan hari untuk berjumpa kamu, cucu saya," katanya dalam ciapan.
Yingluck juga hidup dalam buangan selepas kerajaannya digulingkan dalam rampasan kuasa tentera yang diketuai oleh Jeneral Prayut Chan-o-cha.
Prayuth, yang menjadi perdana menteri selepas pilihan raya 2019, berada di tempat keempat dalam tinjauan calon perdana menteri pada pertengahan April.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 01 2023
Paetongtarn memuat naik gambar bersama pasangannya dan bayi mereka yang diberi nama Prutthasin Sooksawas di media sosial pada Isnin. - Gambar Twitter Yingluck Shinawatra
Lahirkan pemimpin yang mempunyai merit seperti Lawrence Wong
Parti-parti politik Malaysia disaran untuk mencontohi Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura dalam mencari bakat terbaik untuk memimpin negara di masa hadapan.
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sufian Jusoh berkata, bakal Perdana Menteri Singapura, merupakan pemimpin kedua yang tidak datang daripada keluarga pengasas Singapura, Lee Kuan Yew, selepas Goh Chok Tong.
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sufian Jusoh berkata, bakal Perdana Menteri Singapura, merupakan pemimpin kedua yang tidak datang daripada keluarga pengasas Singapura, Lee Kuan Yew, selepas Goh Chok Tong.
Empat warga Myanmar kendali bot nelayan tempatan ditahan
Sebuah bot nelayan tempatan pukat tunda kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pahang kerana tidak mempunyai permit kerja sah, pada kedudukan lebih kurang 23 batu nautika dari timur perairan Kuala Pahang, petang Sabtu.
Kastam Terengganu rampas barangan hampir RM1 juta setakat April
Pengarahnya Mohd Nadzri Ariffin berkata jumlah itu, melibatkan 10 kes dengan nilaian cukai keseluruhan bernilai lebih RM2.7 juta.
KPDN perluas SKSD 2.0 kepada 14 lagi jenis kenderaan
Projek rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 fasa dua akan diperluaskan kepada 14 lagi jenis kenderaan sektor pengangkutan darat barangan bermula 13 Mei.
Malaysia hargai peranan Qatar untuk rundingan perdamaian Hamas-Israel
Malaysia menzahirkan penghargaan penting Qatar dalam usaha tanpa henti untuk menjadi perantara rundingan perdamaian antara Hamas dan Israel.
Polis Marin rampas RM1.37 juta rokok seludup di Kota Tinggi
PPM Wilayah Dua merampas sejumlah 5,535 karton rokok putih dan kretek seludup bernilai lebih RM1.37 juta selepas menyerbu sebuah pondok di Pantai Bio Desaru, Kota Tinggi pada 7 Mei lepas.
10 Berita Pilihan - (12 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Saifuddin Nasution sifatkan pertemuan dengan Brian Nelson sebagai berterus-terang
Saifuddin menyifatkan perjumpaan beliau dengan Brian Nelson pada Khamis lepas sebagai pertemuan yang berterus-terang.
Tumpuan Isnin - 13 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lima remaja, seorang kanak-kanak terperangkap akibat kepala air di Nilai
Lima remaja dan seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap di atas batu di tengah Sungai Batang Labu Batu 9, Kampung Tebing Tinggi di sini dalam kejadian kepala air.
Thaksin buat penampilan umum pertama sejak dibebaskan dari penjara
Ia merupakan penampilan umum pertamanya sejak dibebaskan awal daripada hukuman penjara kerana rasuah dan salah guna kuasa.
Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dibebaskan dengan parol
Thaksin meninggalkan hospital pada 6.06 pagi Ahad, di mana beliau berada sejak mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bekas PM Thailand Thaksin diberi parol - Menteri Kehakiman
Menteri Kehakiman Thailand Tawee Sodsong mengumumkan bahawa bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra telah diberikan parol.
Thaksin berhadapan pendakwaan hina raja
Thaksin Shinawatra didakwa menghina monarki, kata seorang pegawai pada Selasa, hanya beberapa minggu dari kemungkinan pembebasan parolnya.
Thaksin layak mendapat parol bulan depan
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Sitthi Sutivong berkata berdasarkan kriteria, Thaksin layak mendapat parol khas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Raja Thailand kurangkan hukuman penjara Thaksin kepada setahun
Raja Maha Vajiralongkorn perkenan mengurangkan hukuman penjara Thaksin Shinawatra daripada lapan tahun kepada setahun.
Thaksin kemuka permohonan pengampunan diraja
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sudah mengemukakan permohonan pengampunan diraja.
Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dimasukkan ke hospital
Thaksin mengalami sakit dada, tekanan darah tinggi, tahap oksigen rendah dan insomnia ketika ditahan di wad.